Jangan tunggu pekerja saman syarikat baru nak semak cuti, gaji dan kontrak kerja.
Ramai majikan bukan sengaja nak langgar Akta.
Masalahnya, banyak keputusan dalam syarikat dibuat ikut “kebiasaan lama”, bukan berdasarkan polisi, rekod dan dokumen yang jelas.
Bila pekerja mula tanya:
Masa tu baru syarikat sedar, rupanya perkara HR yang nampak kecil boleh jadi isu besar bila tidak disusun dari awal.
Adakah Ini Sedang Berlaku Dalam Syarikat Anda?
Cuti pekerja diluluskan ikut budi bicara, bukan ikut polisi yang jelas.
Owner terlalu kerap bagi kelonggaran sampai pekerja mula anggap ia sebagai hak tetap.
Waktu kerja ditulis dalam offer letter, tapi tidak disemak semula sama ada ia sesuai dengan operasi dan kiraan gaji.
Gaji pekerja dipotong, tapi rekod kehadiran, cuti tanpa gaji atau lewat hadir tidak cukup kuat untuk sokong kiraan tersebut.
Slip gaji dikeluarkan setiap bulan, tapi cara kiraan tidak pernah dijelaskan dengan betul.
Offer letter ada, tapi terlalu ringkas sampai tidak cukup kuat bila berlaku isu gaji, cuti, notis berhenti kerja atau disiplin.
Kalau ya, ini tanda syarikat anda perlukan semakan asas HR yang lebih tersusun.
Masalah Majikan Bukan Sebab Tiada Dokumen Sahaja
Ramai majikan sebenarnya sudah ada offer letter, rekod cuti, slip gaji dan jadual kerja.
Tapi masalah sebenar ialah:
- Dokumen ada, tetapi tidak lengkap.
- Polisi ada, tetapi tidak bertulis.
- Rekod ada, tetapi tidak konsisten.
- Keputusan ada, tetapi tidak ikut flow yang jelas.
Bila berlaku isu dengan pekerja, syarikat mula susah nak buktikan apa yang sudah dipersetujui, apa yang sudah direkodkan dan apa asas keputusan majikan.
Inilah yang boleh menyebabkan salah faham, konflik dalaman, aduan pekerja dan kos tambahan kepada syarikat.
Memperkenalkan
SIRI MASTERCLASS AKTA KERJA 1955
Siri masterclass untuk bantu majikan, HR dan admin faham perkara asas yang selalu jadi punca salah faham antara syarikat dan pekerja.
Bukan sekadar belajar teori. Bukan sekadar baca Akta.
Tapi fokus kepada situasi sebenar yang selalu berlaku dalam syarikat SME.
Dalam Siri Masterclass ini, anda akan belajar 3 bahagian utama:
Siri 1: KONTRAK KERJA & OFFER LETTER
Siri 2: WAKTU KERJA & KIRAAN GAJI MENGIKUT AKTA KERJA 1955
Siri 3: CUTI PEKERJA MENGIKUT AKTA KERJA 1955
Masterclass Ini Sesuai Untuk Siapa?
- Pemilik bisnes yang sudah ada pekerja dan mahu susun asas HR dengan lebih jelas.
- HR atau admin yang mengurus cuti, kehadiran, gaji, payroll dan dokumen pekerja.
- Founder atau CEO yang masih banyak buat keputusan pekerja secara terus tanpa polisi bertulis.
- Manager yang perlu urus jadual kerja, manpower, cuti dan disiplin team.
- Syarikat SME yang sedang berkembang dan mahu elakkan sistem HR jadi kelam-kabut bila team makin ramai.
Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Masterclass Ini?
Modul 1: Offer Letter Bukan Sekadar Surat Tawaran Kerja
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Beza fungsi offer letter dan kontrak kerja
- Risiko bila pekerja mula kerja tanpa dokumen yang jelas
- Kesilapan biasa majikan bila guna template copy-paste
Modul 2: Klausa Penting Yang Boleh Selamatkan Majikan
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Klausa penting berkaitan gaji, tempoh percubaan dan waktu bekerja
- Klausa cuti, notis berhenti kerja dan lokasi kerja
- Klausa kerahsiaan, peraturan syarikat dan disiplin pekerja
Modul 3: Audit Kontrak Kerja: Dokumen Ada, Tapi Betul Ke Selamat?
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Checklist semak offer letter dan kontrak kerja sedia ada
- Apa perlu buat kalau pekerja enggan tandatangan
- Red flag dalam kontrak kerja yang boleh jadi isu kemudian hari
Modul 1: Cara Tetapkan Waktu Kerja Supaya Tak Salah Kira Gaji
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Apa maksud waktu kerja normal
- Beza waktu kerja, waktu rehat dan kerja lebih masa
- Kesilapan biasa majikan bila susun jadual kerja
Modul 2: Formula Kiraan Gaji: Bahagi 26, Bahagi 30, Mana Satu Betul?
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Cara kira gaji bulanan, mingguan dan harian
- Bila perlu guna formula Akta
- Kesilapan payroll yang selalu berlaku dalam SME
Modul 3: Potongan Gaji & Rekod Payroll: Jangan Sampai Majikan Tersalah Tolak
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Situasi biasa yang menyebabkan gaji pekerja dipotong
- Kepentingan rekod kehadiran, cuti tanpa gaji dan lewat hadir
- Kenapa slip gaji perlu selari dengan kiraan sebenar syarikat
Modul 1: Cuti Hak Pekerja vs Polisi Syarikat
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Bezakan cuti wajib, cuti polisi dan cuti budi bicara
- Faham kenapa setiap jenis cuti tidak boleh dilayan sama rata
- Kenal pasti risiko bila syarikat beri cuti tambahan tanpa polisi bertulis
Modul 2: Cara Luluskan Cuti Supaya Tak Jadi Masalah Kepada Syarikat
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Cara tetapkan siapa yang layak approve cuti
- Bila cuti boleh diluluskan dan bila boleh ditolak
- Risiko bila owner terlalu kerap beri kelonggaran tanpa kawalan
Modul 3: Kos Tersembunyi Cuti Yang Majikan Selalu Terlepas Pandang
Dalam modul ini, anda akan belajar:
- Bagaimana cuti boleh jadi hidden cost dalam syarikat
- Kesan cuti kepada operasi, manpower dan produktiviti team
- Kenapa rekod cuti yang lemah boleh ganggu kiraan payroll
Selepas menyertai masterclass ini, anda akan lebih jelas tentang:
- Cara bezakan cuti yang wajib, cuti polisi dan cuti budi bicara.
- Kesan cuti terhadap payroll, manpower planning dan produktiviti team.
- Asas waktu kerja dan bagaimana ia boleh beri kesan kepada kiraan gaji.
- Situasi yang boleh menyebabkan potongan gaji dipersoal pekerja.
- Klausa penting yang perlu ada dalam offer letter dan kontrak kerja.
- Red flag dalam dokumen pekerja yang perlu disemak semula.
KENALI CONSULTANT YANG AKAN BIMBING ANDA
3 bonus KHAS BUAT VIP
Access 3 Masterclass
Akses ke Program Masterclass
3 Ebook
-Cuti
-Isu Disiplin
-Kontrak kerja
Recording video Masterclass
Recording video program untuk revision
Pilih MASTERCLASS
Pakej General
Anda akan dapat:
- Access 1 Masterclass
- 1 Ebook
Pakej VIP
Anda akan dapat:
- Access 3 Masterclass
- 3 Ebook: Cuti, Isu Disiplin & Kontrak Kerja
- Recording video Masterclass
Tempat adalah terhad.
Kalau nak tahu macam mana nak betulkan team & kurangkan beban owner…
Daftar sekarang.